fbpx

Malaysia simpati insiden tembakan terhadap Trump – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

SERDANG – Malaysia bersimpati dengan insiden tembakan yang menimpa bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika sedang berkempen untuk Pilihan Raya Presiden semalam.

Mengulas kejadian itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap keadaan Trump terkawal.

“Walau apapun pendirian kita kepada mana-mana tokoh, ini bukanlah cara penyelesaian.

“Kita melahirkan simpati kepada Trump dan berharap kejadian itu tidak akan menular lebih buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Media melaporkan Trump mengalami kecederaan dalam kejadian tembakan ketika sedang berkempen di Pennsylvania, Amerika Syarikat, pagi tadi.

Dalam satu video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan Trump kecedera di bahagian telinga kanan akibat tembakan itu.

Sementara itu, mengulas mengenai serangan udara Israel terhadap zon kemanusiaan Al-Mawasi dekat Gaza pagi tadi, Anwar mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis ke atas penduduk di wilayah itu.
“Malaysia mengutuk keras keganasan Israel ke atas penduduk wanita, orang awam dan kanak-kanak di Gaza.

“Serangan ini diteruskan kerana negara besar gagal mempertahankan kemanusiaan dan hak.

“Malaysia ingin menegaskan pendirian kita untuk terus mengutuk kezaliman tanpa perikemanusiaan Zionis Israel,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI