fbpx

Lelaki tarik lori guna sebelah tangan saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pemandu itu menarik trak tersebut dengan hanya sebelah tangan. - Jam Press Vid

BOGOTA – Aksi seorang pemandu yang  menarik sebuah lori  dari rawa dengan menggunakan hanya satu tangannya mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. 

Klip video kejadian  memaparkan lori lapan roda itu tersangkut dalam air berlumpur di atas jalan yang masih belum siap, baru-­baru ini. 

Pemandu tersebut memegang belakang lori itu dengan tangan kanan lalu menariknya seolah-olah memiliki kekuatan adiwira Superman. 

Lebih mengejutkan  lori itu berjaya ditarik keluar tanpa sebarang bantuan peralatan. 

Kejadian itu dirakam oleh seorang pemandu  lain yang berada di lokasi kejadian. 

Menurut laman berita What’s The Jam, kejadian itu  dilaporkan berlaku di Colombia.

Rakaman itu menjadi tular dan rata-rata netizen terkejut dengan aksi luar biasa itu  seolah-olah me­langgar hukum fizik. 

“Boleh diambil berlakon dalam filem Superman yang baharu,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI