fbpx

Lelaki ditemui lemas tergelincir ketika memancing di Pantai Bagan Lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dilaporkan lemas selepas tergelincir ketika memancing di Pantai Bagan Lalang, semalam. Foto IHSAN BOMBA

SEPANG – Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di muara Pantai Bagan Lalang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.14 petang di Jalan Pepahat, Kampung Bagan Lalang, Sungai Pelek itu, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui lemas berhampiran sebuah bot nelayan sejam selepas kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira sejam kemudian iaitu kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.14 petang dan apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal ditemui selepas dihanyutkan arus.

“Saksi kejadian yang juga rakan mangsa memaklumkan, mangsa telah tergelincir dan terjatuh di dalam muara.Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sebelum mayat mangsa ditemui jam 6.18 petang dan disahkan meninggal dunia,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI