fbpx

Lagi kes makan biskut campur racun halau kera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biskut jenis sama yang dipercayai dimakan Mohd. Daynail Haikal sehingga diserang sawan di Kampung Air Putih, Kemaman, kelmarin.

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun nyaris maut selepas termakan biskut dipercayai mengandungi racun yang diletakkan bagi menghalau kera di kebun di Kampung Air Putih, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 tengah hari itu, Mohd. Daynail Haikal Alias dikejarkan ke Hospital Kemaman, di sini apabila tidak sedarkan diri secara tiba-tiba selepas memakan biskut tersebut.

Bapa mangsa, Alias Saras, 57, mendakwa, sebelum kejadian, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan satu keluar memancing bersama seorang rakannya.

“Saya difahamkan dia mengambil plastik berisi biskut yang disangkut pada sebatang kayu sewaktu lalu di kebun pisang dan kelapa ketika dalam perjalanan pulang memancing.

“Dia (Mohd. Daynail Haikal) pengsan secara tiba-tiba manakala mulutnya pula berbuih,” dakwanya.

Alias berkata, rakan mangsa kemudian meminta bantuan bapanya untuk menghantar anak keempat daripada lima beradik itu ke Klinik Kesihatan Air Putih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

“Anak saya masih dirawat di wad hospital. Alhamdulillah keadaannya semakin stabil dan beransur pulih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sebelum ini, dua beradik iaitu Muhammad Akil Syauqi dan Muhammad Luth Syauqi berusia tiga dan dua tahun maut selepas termakan keropok yang disalut racun tikus di Kulim, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI