fbpx

KL dilanda hujan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan sekitar ibu negara dilanda hujan panas sejak pukul 1 tengah hari tadi.

Tinjauan Kosmo! di kawasan sekitar mendapati, hujan lebat berlaku melibatkan Parlimen Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju dan juga Bukit Bintang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan seluruh negeri Melaka dan beberapa kawasan di Johor turut mengalami cuaca buruk.

“Di Johor, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda daerah Tangkak, Muar, Mersing serta Kota Tinggi.

“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 3 petang nanti,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI