fbpx

Kerajaan salur RM100j kepada Felda tampung kos operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Maeps Serdang

SERDANG – Kerajaan menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada Felda untuk menampung kos pengoperasian ladang ekoran penyasaran subsidi diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel dengan harga runcit bahan api itu ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

“Langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terjejas disebabkan penyasaran subsidi diesel,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI