fbpx

Kedai di England dibuka lewat kerana perlawanan akhir Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi peminat ketika pasukan England menjaringkan gol semasa perlawanan separuh akhir menentang Belanda pada Rabu lalu. - Shutterstock

LONDON –  Sebilangan pasar raya dan pemilik perniagaan di seluruh England membenarkan kakitangan bekerja  lewat pada esok bagi membolehkan mereka berehat selepas menyaksikan pasukan England menentang Sepanyol pada perlawanan akhir bola sepak Euro.

Akhbar The Guardian melaporkan, perlawanan bermula  pukul 8 malam (waktu tempatan) dan boleh berlarutan sehingga pukul 11 malam (waktu tempatan) jika melibatkan penalti.

Sebagai persediaan, sesetengah syarikat membenarkan pekerja pulang awal sekiranya mereka bekerja pada syif petang menjelang permainan.

Sebilangan yang lain pula memberitahu pekerja bahawa mereka boleh masuk lewat pada esok hari.

Rangkaian pasar raya Lidl yang merupakan penaja kejohanan itu berkata, ia akan membuka semua kedainya di England sejam lewat pada hari Isnin (esok) supaya pekerja boleh menikmati sambutan selepas perlawanan.

Ketua Eksekutif Lidl di Great Britain, Ryan McDonnell berkata: “Kami tahu betapa bermaknanya permainan ini kepada peminat England. Kami mahu memastikan rakan sekerja berpeluang meraikan detik penting dalam sejarah bola sepak Inggeris.”

Selain Lidl, beberapa perniagaan lain termasuk kedai serbaneka, agensi pemasaran dan sebuah sekolah rendah turut memulakan operasi lebih lewat esok. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI