fbpx

[VIDEO] Kecoh dua ekor buaya ‘bertarung’ di Kampung Morten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video dirakamkan orang ramai menunjukkan seekor buaya tembaga sedang berehat di bawah laluan pejalan kaki di Sungai Melaka, berhampiran Kampung Morten.

MELAKA – Suasana di laluan pejalan kaki di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini dikatakan kecoh seketika selepas pengunjung mendakwa melihat kelibat dua ekor buaya tembaga ‘bertarung’ dalam kejadian pagi tadi.

Satu klip video turut tular memaparkan salah seekor buaya yang dianggarkan sepanjang dua kaki berehat di bawah jejambat berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai haiwan reptilia itu di kawasan tersebut dan pemantauan sentiasa dijalankan.

“Kami akan siasat mengenai aduan terbaharu ini malah sebelum ini pun memang anggota kita sentiasa melakukan pemantauan termasuk memasang perangkap seperti di Sungai Malim, Kampung Gadong.

“Penduduk dan orang ramai diminta berhati-hati dan tidak cuba mengambil tindakan sendiri di kawasan yang didakwa terdapat buaya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai klip video tular berkenaan.

Sebelum ini media pada Mei lalu melaporkan penduduk di Kampung Tengah dekat sini gempar selepas seekor buaya membaham ternakan kambing di tebing sungai Malim berdekatan Pintu Kawalan Air Pasang Surut Klebang.

Susulan itu pihak Perhilitan bertindak memasang perangkap dengan berat hampir 200 kilogram (kg) bagi menangkap buaya berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI