fbpx

Kacak, Fadlan Hazim ‘terasuk roh’ Kim Ji-hoon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADLAN Hazim dikatakan lebih kacak selepas menggayakan potongan rambut pendek.

SEJAK mendirikan rumah tangga, semakin jarang Diva mendengar cerita tentang pelakon Fadlan Hazim.

Namun, baru-baru ini namanya tiba-tiba menjadi bualan ramai dalam TikTok apabila dikatakan semakin kacak.

Diva pun cubalah mengesahkan dakwaan tersebut, rupa-rupanya Fadlan yang sebelum ini berambut panjang memilih untuk berambut pendek.

Menerusi ruangan komen video yang dimuat naik Fadlan dalam TikTok, kebanyakan netizen suka dengan imej baharunya itu.

Tidak kurang juga yang menyamakan imejnya itu seperti pelakon Korea Selatan, Kim Ji-hoon dalam drama Flower of Evil.

“Akhirnya hajat saya tercapai nak tengok Fadlan seperti imej dulu.

“Ada ‘vibe’ Ji-hoon. Semakin kacak pula sejak bergelar suami,” komen netizen.

DIVA: Siapa agaknya yang bakal bergelar juara The Hardest Singing Show musim pertama?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI