fbpx

Isteri serang perempuan simpanan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG perempuan simpanan cedera dihantar ke Hospital Phatthalung semalam. - Foto Amerintv

BANGKOK – Seorang isteri menyerang perempuan simpanan suaminya dengan sebilah pisau dan melepaskan tembakan dengan sepucuk pistol miliknya ke udara, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Dia bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit mereka melalui rakaman kamera pengawasan. 

Kejadian itu berlaku semalam di wilayah Phatthalung.

Petugas-petugas  kecemasan bergegas membawa seorang wanita berusia 52 tahun ke hospital selepas seorang individu melaporkan bahawa mangsa cedera akibat serangan pisau. 

Serangan itu mengakibatkan luka di paha kiri dan belakang perempuan simpanan berkenaan. 

Apabila tiba, anggota-anggota penyelamat menemui perempuan simpanan tersebut terbaring di tepi jalan dengan seorang lelaki memberi isyarat untuk ambulans. 

Mereka memberikan pertolongan cemas dan pantas membawanya ke Hospital Phatthalung sebelum memaklumkan kepada polis tentang kejadian itu.

Dalam pada itu ketika dihubungi pemberita, wanita tersebut mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana kecewa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI