WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan(FBI) secara tentatif (tidak muktamad) telah mengenal pasti indentiti penembak yang mencederakan bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), kata seorang ejen hari ini.
Biro siasatan berkenaan bagaimanapun berkata, pihaknya percaya tiada ancaman berterusan berhubung kejadian itu.
“Buat masa ini, kami belum bersedia untuk mendedahkan siapa penembak ini, kami masih dalam siasatan,” kata ejen khas FBI, Kevin Rojek pada satu sidang akhbar sambil menambah, pihaknya sedang berusaha untuk memberikan keputusan muktamad.
“Kami juga percaya tiada ancaman lain di luar sana terhadap Trump,” tambahnya. – AFP