fbpx

Elon Musk minta bos Perkhidmatan Rahsia letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada Jun lepas menunjukkan Elon Musk. -- AFP

NEW YORK – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mendesak ketua Perkhidmatan Rahsia(SS)  dan ketua penyelarasan keselamatan meletak jawatan susulan insiden percubaan membunuh bekas presiden Donald Trump, lapor laman berita News Max hari ini.

“Ketua SS dan ketua penyelarasan keselamatan untuk Trump perlu meletak jawatan,” kata Musk di platform X selepas serangan itu.

Beliau menyertakan bersama klip video seorang saksi yang memberitahu wartawan Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) bahawa dia telah memberi amaran kepada SS terdapat seorang lelaki  bersenjatakan raifal  di atas sebuah bumbung berdekatan perhimpunan kempen Trump

Ketua SS ialah Kimberly Cheatle. Beliau bertanggungjawab kepada Setiausaha Jabatan Dalam Negeri dan Keselamatan, Alejandro Mayorkas.

Pada Disember tahun lalu, Mayorkas enggan memberikan perlindungan SS kepada calon pilihan raya presiden, Robert F. Kennedy Jr. semasa kempennya walaupun ayah dan bapa saudara Kennedy Jr. mati akibat dibunuh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI