fbpx

Cuaca buruk landa lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan sebanyak lima negeri berdepan cuaca buruk ketika ini dan boleh berlanjutan sehingga pukul 7 petang nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah sekitar Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu).

“Di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Cuaca buruk yang sama juga berisiko berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok) serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI