fbpx

Buaya betina 300 kilogram ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya betina seberat 300 kilogram ditembak mati dalam operasi bersepadu membanteras buaya di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu pada Khamis lalu. -Foto: Ihsan JHL-

LAHAD DATU – Seekor buaya betina seberat 300 kilogram ditembak mati dalam operasi bersepadu membanteras buaya di Kampung Sabah Baru pada Khamis lalu.

Kehadiran buaya sepanjang 2.5 meter berkenaan dikesan di tepi rumah atas air di kampung terbabit.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Sylvester Saimin berkata, satu operasi bersepadu dijalankan bagi membanteras buaya meliputi JHL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dijalankan pada pukul 11 malam, Khamis lalu.

“Operasi melibatkan beberapa kawasan termasuklah Kampung Dasar Baru, Kampung Desa Bajau, Kampung Sabah Baru, Kampung Tabanak dan Kampung Terusan. Seekor kehadiran buaya di kesan di tepi rumah atas air di Kampung Sabah Baru.

“Pasukan JHL kemudiannya melepaskan satu das tembakan sehingga mengakibat raptilia mati. Bangkai buaya itu dibawa ke perumahan kakitangan JHL Lahad Datu untuk tindakan lanjut ,” katanya dalam kenyataan media.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI