fbpx

Angkasawan boleh minum air kencing sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUT pakaian angkasawan baharu yang dicipta Mason, - Foto Luca Bielski

WASHINGTON – Angkasawan-angkasawan akan meminum air kencing mereka sendiri semasa melakukan prosedur berjalan di angkasa lepas, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Perkembangan tersebut berikutan terciptanya sut angkasawan baharu yang mampu menukar najis itu menjadi air bersih.

Sut itu dicipta oleh pasukan saintis Universiti Cornell diketuai oleh Chris Mason. Ia membolehkan angkasawan berjalan di angkasa lepas selama beberapa hari.

Sehingga kini, angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggunakan pakaian serapan maksimum iaitu lampin dewasa yang berkesan mengumpul air kencing dan najis.

Namun, pakaian tersebut kurang berkesan kerana pada akhir ekspedisi ia dimasukkan ke dalam sistem sisa Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebelum terbakar di atmosfera Bumi.

Chris dan pasukannya telah menghasilkan alat seberat 8 kilogram yang dilekatkan pada belakang tubuh angkasawan.

Ia boleh mengitar semula air kencing selepas dikumpulkan oleh kateter, sejenis tiub saluran air kencing kecil. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI