fbpx

3 warga emas terlibat sindiket edar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Empat lelaki termasuk tiga warga emas ditahan polis dalam serbuan berasingan di pusat bandar serta Ayer Itam dan Bandar Baru di sini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mengedar dadah, Jumaat lalu.

Dalam operasi terancang itu, polis turut membongkar makmal haram memproses dadah serta merampas dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM178,500.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam operasi bermula 9.05 pagi hingga 9.30 malam, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun disyaki ketua sindiket dadah berkenaan di kawasan parkir di pusat bandar.

“Pihak polis telah merampas satu paket dadah disyaki heroin seberat 115 gram, bernilai RM920. Turut diserbu, sebuah rumah di kawasan sama dan dijumpai sejumlah dadah di dalam bilik di rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara dadah yang djumpai di dalam bilik di rumah itu ialah satu plastik lutsinar yang dibaluti kertas berwarna coklat disyaki dadah heroin base anggaran berat 377 gram bernilai RM32,500.

“Tujuh bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 1,474 gram bernilai RM11,792.00, lima bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 4,099 gram bernilai RM 132,000

“Selain itu polis turut menjumpai enam paket plastik lutsinar disyaki kafein anggaran berat 3,474 gram bernilai RM1,200,” katanya.

Tambahnya, menerusi hasil soal pasukan serbuan telah mengambil tindakan susulan dengan menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 60 hingga 62 tahun di tempat berasingan di kawasan Ayer Itam dan Bandar Baru pulau pinang yang disyaki merupakan ahli sindiket dadah berkenaan.

”Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis morfin dan tiga suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah. Semua yang ditangkap ditahan reman tujuh hari bermula 13 hingga 19 Julai depan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI