fbpx

Wartawan, anak Aamir Khan ‘vs’ penunggang agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHARAJ kini trending dalam Netflix.

SEJAK akhir-akhir ini, industri perfileman di India banyak menghasilkan naskhah hebat untuk platform penstriman dan terbaru, filem Maharaj.

Membariskan pelakon hebat iaitu Junaid Khan, Jaideep Ahlawat, Shalini Pandey, Sharvari, filem ini berjaya membuka mata ramai tentang salah satu kisah benar yang berlaku di India sebelum ini.

Mengangkat kisah benar yang berlaku sekitar tahun 1860-an iaitu tentang seorang wartawan dan pejuang reformasi bernama Karsandas lakonan Junaid yang menentang Jadunath Maharaj atau JJ (Jaideep) yang dianggap tuhan di Bombay, India.

Antara konflik utama yang diketengahkan dalam filem ini ialah Karsandas menentang JJ iaitu penunggang agama kerana meminta derma orang ramai dan menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu, namun menggunakan ‘tiket’ agama untuk menghalalkan segala aktiviti haram yang dinamakannya sebagai khidmat suci.

Maharaj yang berjaya menduduki carta filem paling banyak ditonton dalam Netflix itu turut mencetuskan pelbagai kontroversi dan perbalahan di India baru-baru ini kerana terdapat dakwaan mengubah sejarah dan memburukkan institusi agama di sana.

Dalam pada itu, lakonan Junaid yang juga anak kepada aktor popular, Aamir Khan itu dalam filem pertamanya ini turut mendapat pujian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI