fbpx

Wanita dapat lebih RM55,000 selepas silap dicekup kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan jongkong emas. - Foto AFP

NEW DELHI  – Sebuah mahkamah di India mengarahkan jabatan kastam membayar 1 juta rupee (RM55,915) kepada seorang wanita China, lapor portal berita Independent semalam.

Wang itu diberikan selepas dia ditangkap secara salah oleh anggota-anggota jabatan tersebut pada 2019.

Cong Ling, 38, yang merupakan  ibu kepada dua orang anak,  ditahan di lapangan terbang Mumbai pada 2019 kerana didakwa menyeludup emas bernilai 30.09 juta rupee(RM1.68 juta) ke negara itu.

Dia dibebaskan pada Oktober 2023 tetapi kekal terkandas di India selepas jabatan kastam enggan memberikannya sijil undang-undang yang menyatakan dia tidak melakukan jenayah.

Jabatan itu enggan memberikannya sijil ketika dia mencabar keputusan terhadapnya di mahkamah.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Bombay mengarahkan jabatan kastam mengeluarkan sijil undang-undang itu supaya Cong boleh mendapatkan permit keluar untuk meninggalkan India dalam masa seminggu.

Dalam penghakimannya, mahkamah memutuskan penganiayaan dan gangguan yang tidak perlu terhadap wanita tersebut akan ‘menjejaskan’ hubungan dua hala antara dua buah negara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI