fbpx

[VIDEO] Tiada pun bogel, kami jual durian macam biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular pekerja gerai jualan durian di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Bangi didakwa 'tayang badan' sebagai strategi menarik pelanggan.

PETALING JAYA – “Tiada pun yang kata kami bogel itu semua, kami pakai sahaja baju,” jelas salah seorang penjual gerai durian Papa Muda bagi menyangkal dakwaan dan kemarahan yang dilemparkan orang ramai berkenaan cara promosi tidak berbaju yang dilakukan mereka sebelum ini.

Jelas lelaki tersebut, isu video viral promosi durian dari gerainya beberapa hari lalu adalah salah faham dan hanya permainan media semata-mata.

“Kami di sini pakai sahaja baju, berniaga seperti biasa. Ini mainan media sebenarnya, kami pakai baju tak ada masalah pun.

“Jualan buat masa ini pun berjalan seperti biasa, tiada pelanggan yang datang marah-marah kami, sebab mereka tahu kami pakai baju.

“Cumanya benda ni jadi besar selepas tersebarnya ke medium-medium seperti TikTok, Instagram dan page-page besar mula sebarkan hantaran itu dengan caption yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai,” katanya melalui satu klip video hari ini.

Lelaki terbabit turut merayu supaya orang ramai menghentikan kemarahan tersebut dan datang ke gerai mereka untuk menikmati buah durian yang dijual.

“Hentikan segala kemarahan, kami tidak berbogel dan kami pakai baju seperti biasa. Ada juga salah kami, kami juga muda lagi dan kadang-kadang buat benda tidak fikir panjang,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pekerja sebuah gerai jualan durian di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Bangi menggunakan strategi ‘tayang badan’ sebagai tarikan kepada orang ramai untuk membeli buah di tempat mereka.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Durian Papa Muda, terdapat pekerja gerai tersebut yang ditugaskan antaranya mengangkat bakul buah selain mengopek durian sambil tidak memakai baju.-KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Malaysia (@utusanonline)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI