fbpx

[VIDEO] ‘Sikit lagi anak toman nak jadi yatim piatu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dua induk ikan toman dilepaskan selepas dihampiri segerombolan anak toman.

PETALING JAYA – Tindakan mulia seorang pemancing melepaskan semula dua ekor ikan toman yang dikenal pasti sebagai betina dan jantan selepas ‘diziarahi’ segerombolan anak ikan tersebut raih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @cekk.man, dia melepaskan semula dua ekor ikan bercorak hitam hijau selepas dihampiri segerombolan anak ikan toman yang seolah-olah sedih memerhati dari jauh ‘ibubapanya’ ditangkap.

“Momen-momen berharga, lepaskan semula mak bapak ke pangkuan anaknya kembali. Layan tarik ikan memang ‘best’ (seronok) tapi makan isi, tak sedap tawar,” jelasnya di dalam video.

Melalui video tersebut, selepas dilepaskan, induk betina ikan toman terbabit terus menemui anak-anaknya sebelum berenang masuk ke dalam air di Tasik Beris sekitar Sik, Kedah itu.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna terharu melihat pertemuan semula keluarga ikan toman itu serta turut memuji sikap berperikemanusian yang ditunjukkan.

“Sikit lagi anak toman tu nak jadi yatim piatu, nasib baik lepaskan balik. Tahniah bang sebab prihatin,” komen @hokaido.

“Terbaik bro. Memancing adalah hobi yang baik jadi dalam menjalankan hobi, kita perlu jaga ekosistem sungai kita juga, ni baru pemancing 1000 dalam satu,” ujar @matder.

“Kebanyakan pemancing tak macam ni, jaga habitat ketika memancing. Macam ni baru betul, kalau ada anak jangan ambik, baik lepas kesian dekat anak. Anak pun tahu mak ayah dia ada dekat mana, pandai cari,” kata @mryusof. – KOSMO! ONLINE

@cekk.man(VD7) moment² berharga …lepaskan semula mak bapak ke pangkuan anaknya kembali …(full video)

♬ Ooh Ahh (My Life Be Like) [feat. Tobymac] – Grits

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI