fbpx

[VIDEO] ‘Rakyat Malaysia kalau bab tolong-menolong memang respect’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video orang awam bergegas mendapatkan tangga untuk menyelamatkan mangsa kebakaran di tingkat dua bangunan tersebut.

PETALING JAYA – Kesungguhan sekumpulan orang awam menyelamatkan mangsa kebakaran di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di sekitar Bandar Hilir Melaka menyentuh hati orang ramai.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @adzwananiesa, sekumpulan lelaki tersebut berlari dari bangunan sebelah menuju ke kawasan kejadian untuk mendapatkan sebuah tangga panjang yang digunakan sebagai jentera mengecat, bagi menyelamatkan mangsa.

Melalui video tersebut, juga dilihat sepasang suami isteri yang berada di tingkat dua, cuba keluar melalui tingkap dan berdiri di luar bangunan dengan bantuan kotak kipas penghawa dingin.

Tindakan tersebut mendapat pujian daripada orang ramai yang berterima kasih atas keberanian dan ketangkasan mereka menyelamatkan mangsa.

“Rakyat Malaysia kalau bab bantuan tolong-menolong ni memang ‘respect’ (tabik hormat). Terbaik rakyat Malaysia,” ujar @preciouslove1407.

“Terus menangis tengok ‘part’ (bahagian) mereka berlari bawa tangga tu. bersyukur rakyat Malaysia macam ni, bila ada kemalangan, sama-sama tolong tidak kira kaum, masing-masing prihatin,” komen @ieqanaz.

“Kebanyakan rumah kedai dekat Melaka tak ada pintu dan tangga kecemasan apabila berlaku kebakaran. Selalu kena lepas ‘inspection’ (pemeriksaan) bomba,” kata seorang pengguna.

Pada 11 Julai Kosmo! melaporkan dua beradik maut, manakala ibu mereka pula kritikal selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka.

Selain itu, kedua-dua pasangan suami isteri di dalam video berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam menggunakan jentera pengecat dan kini isterinya sahaja yang dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, suami isteri tersebut bercerita mereka hampir-hampir hendak terjun dari tingkat dua sebuah bangunan sekiranya keadaan mendesak selepas rumah mereka dipenuhi asap tebal yang terhasil daripada kebakaran di aras bawah. – KOSMO! ONLINE

@adzwananiesa Terbaik org awam tapi kesian yg atas skli tu..semoga adik yang tersangkut tu Selamat.. #Melaka #Terbakar ♬ nhạc nền – Synthetic Soundtrack

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI