fbpx

[VIDEO] Gengster cap ayam, meludah kena lengan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal didakwa mengejar seorang wanita hingga ke tempat letak kereta dipercayai berkait ketidakpuasan hati ketika menggunakan jalan raya.

PETALING JAYA – Seorang wanita ketakutan selepas dipercayai dikejar seorang penunggang motosikal hingga ke tempat letak kereta didakwa berkait ketidakpuasan hati ketika menggunakan jalan raya.

Menerusi video yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku di sebuah tempat letak kereta yang mana wanita tersebut berada di dalam kenderaannya serta didatangi penunggang berkenaan.

Lelaki tersebut berhenti di sebelah kereta wanita itu dengan mukanya seakan-akan sedang marah, seterusnya cuba meludah ke arah cermin tingkap kenderaan mangsa.

Bagaimanapun, ia tidak mengenai sasaran dan lelaki itu kemudian menepis cermin tingkap kereta wanita itu serta berlalu pergi.

Pada kapsyen video itu, mangsa mendakwa penunggang motosikal tersebut dikatakan memotong dengan cara tidak betul.

“Dia yang memotong tak betul, tak puas hati kejar kat parking. Memang jalan raya untuk motosikal je ke? Laluan kecemasan bukan motosikal punya,” dakwanya.

Orang ramai meninggalkan pelbagai komen selain terhibur dengan tindakan lelaki itu cuba meludah, tetapi tidak mengenai sasaran.

“Ludah pun kena lengan sendiri,” kata pengguna X.

“Dia ‘blah’ (pergi) cepat sebab malu ludah kat diri sendiri,” ujar individu lain.

“Nak jadi gengster konon. Ludah sendiri pun tak boleh nak ‘handle’ (urus). Malu lah dah besar pun meludah tak reti,” kata seorang lagi pengguna X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI