fbpx

UMNO masih ada sinar – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat Tahun 2024 di Bangunan UMNO Ipoh Perak. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

 

IPOH – Parti UMNO mempunyai masa depan yang cerah untuk kembali bersinar dan mendominasi arena politik negara dengan syarat pelaksanaannya perlu berdisiplin serta berani melakukan perubahan yang berpegang pada prinsip yang kuat dan tepat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, mutakhir ini sedang berlaku perubahan pada peringkat negeri, bahagian dan cawangan parti tersebut.

“Perlu “work smart” bukan “work hard” dan “outcome” diterjemahkan menerusi “Return On Investment (ROl)” kepada parti. Berani bantu parti, korban masa dan perah keringat.

“Jika masih tiada perubahan sibuk dengan cah keting, bunuh membunuh macam kita masih disinggahsana, UMNO tidak akan ke mana-mana,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat Tahun 2024 di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, ahli UMNO perlu berani bersuara, menegur dan memberi nasihat supaya proses pemulihan parti berjalan dengan lancar dan menyeluruh sekaligus melahirkan pemimpin UMNO yang bekerja keras supaya rakyat menyukai parti itu dan bukan sekadar jaguh di peringkat bahagian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI