fbpx

Telan 6 jenis ubat punca pemandu mengantuk pandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta dirakam memandu melawan arus dari Ayer Hitam ke Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – Mengantuk kerana makan enam jenis ubat untuk penyakit jantung dihidapi menyebabkan seorang lelaki memandu di lorong bertentangan dalam kejadian di Jalan Ayer Hitam ke Parit Raja di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular yang berdurasi 30 saat itu kira-kira pada pukul 3 petang, 7 Julai lalu.

“Hasil soal siasat keatas lelaki berkenaan, mendapati terdapat dokumen-dokumen rawatan serta perubatan di dalam keretanya. Bagaimanapun, hasil saringan air kencing mendapatinya negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI