fbpx

[VIDEO] ‘Semoga duit kita bersepah macam Leona’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Leona menunjukkan sejumlah wang tunai yang dibawa semasa percutian ke Bali.

PETALING JAYA – ‘Kenapa ada banyak ‘cash’ (wang tunai) di dalam beg saya’, demikian kata pempengaruh media sosial, Leona, yang terkejut menemui sejumlah wang tunai dengan nilai RM100 dan RM50 di dalam begnya ketika bercuti ke Bali, Indonesia.

Kasih Iris Leona atau mesra disapa Leona menerusi laman TikToknya membuat konten video ‘What is in my bag, Bali Edition’ (Ada apa di dalam beg saya, edisi Bali) untuk menunjukkan barang apa yang dibawa semasa percutian ke sana.

Apa yang menarik perhatian ialah apabila sejumlah wang tunai ditemui bersepah-sepah di dalam begnya bersama dengan barang-barang lain termasuklah barang soleknya juga dipuji berpatutan untuk rakyat marhaen.

Sebagai rekod, Leona mendedahkan bahawa dirinya pernah meraih pendapatan mencecah RM30,000 sebulan malah seseorang pensohor dan pencipta kandungan sepenuh masa mampu menikmati perolehan tinggi bergantung kepada tahap populariti serta konten masing-masing.

Sifat merendah diri dan tidak sombong seperti kebanyakan orang kaya lain, membuatkan Leona disenangi para peminatnya.

“Suka tengok orang kaya. Terutamanya yang memang kita nampak usaha kerja keras dia cari rezeki. Moga suatu hari nanti, usaha kita pun akan terbalas,” komen Hafifi Izzuddin.

“Moga kita kaya macam Leona, duit ‘cash’ (tunai) bersepah-sepah dalam bag. Amin yang paling serius,” @ajthebroque.

“Bila tengok ‘cash’ (duit tunai) dia, baru aku perasan yang aku memang selayaknya dapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada kerajaan, weh aku miskin tegar,” ujar @delimacantik. – KOSMO! ONLINE

@leonathe2nd♬ original sound – le yoooooooo na

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI