fbpx

Saya tidak dibenarkan masuk ke rumah sendiri – Raghad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raghad muat naik gambar sewaktu berada di luar pagar kediamannya.

PETALING JAYA – Isteri bekas Yang di-Pertua Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib mendakwa beliau dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak.

Raghad menerusi perkongsian pada Instagram memaklumkan, dia pulang ke Kuching minggu lalu selain mahu menziarahi pusara suaminya, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

“Teruja pulang ke rumah nak lawat suami kesayangan. Saya rancang mahu buat sedekah jariah atas nama suami, kemudian melawat pusaranya.

“Selepas Majlis Tautan Kasih Tun Taib di Satok, saya memandu ke rumah dan terkejut apabila tidak dibenarkan masuk ke rumah saya sendiri. Pengawal keselamatan beritahu mereka tidak mempunyai kebenaran untuk membenarkan saya masuk.

“Bagaimanapun alhamdulillah pengawal keselamatan tersebut mempunyai kebaikan di hatinya serta membenarkan saya masuk,” katanya pada hantaran itu semalam.

Dalam pada itu, Raghad memaklumkan telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.

“Saya buat ini dengan hati yang berat dan saya tak perlu untuk buktikan apa-apa kepada sesiapa. Beliau ialah suami saya,” katanya.

Raghad turut berkongsi beberapa gambar melawat pusara Abdul Taib selain ketika berada di luar kediamannya.

Sebelum ini media melaporkan, Abdul Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak paling lama meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi pada 21 Februari lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI