fbpx

PU Riz impi Abbas bergelar al-Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIS tidak mengharapkan wang ringgit sebaliknya berharap si anak mampu mendoakannya apabila telah tiada dan terus menjadikan agama sebagai pendamping hidup.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, PU Riz menaruh impian anak keduanya, Abdullah Abbas bakal bergelar hafiz al-Quran apabila dewasa nanti.

Riz atau nama lengkapnya Haris Ismail, 29, juga menyifatkan Abbas satu anugerah yang tidak ternilai buatnya dan isteri, Neelofa.

“Sudah genap usiamu setahun, cepatnya masa berlalu. Dinaaktu kau dilahirkan, kegembiraan abah dan umi ditambah tanpa disedari.

“Senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami kepada Sang Pencipta.

“Abah doakan agar Allah jaga adik, jadikan adik hafiz Al-Quran, fakih dalam agama selaras dengan nama adik, dipilih dari antara sahabat Nabi yang diredai Allah dan juga ahli keluarga baginda,” tulisnya panjang lebar sempena ulang tahun pertama putera keduanya itu.

Dalam masa sama, bapa kepada dua cahaya mata itu tidak mengharapkan wang ringgit sebaliknya berharap si anak mampu mendoakannya apabila telah tiada dan terus menjadikan agama sebagai pendamping hidup.

“Abah sayang Abbas. Nanti bila awak sudah mampu membaca atau mungkin juga sudah menghafal beberapa surah dalam al-Quran, ketahuilah itu sahaja abah harapkan agar awak ingat ayat suci Allah. Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan.

“Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka. Adik jangan lupa doakan abah dan umi ya.

“Sekali lagi abah coretkan jauh dari sudut hati abah. Adik akan benar-benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal menjadi insan soleh insya-Allah,” ujarnya lagi.

Selain Abbas, hasil perkahwinan dengan Neelofa sejak 2021, Riz mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Muhammad Bilal yang kini berusia dua tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI