fbpx

Pihak guna Qunut Nazilah doa kehancuran pemimpin negara perlu bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im selepas Majlis Jelajah Madani Ulama dan Umara Peringkat Negeri Zon Utara (Perak Perlis Kedah dan Pulau Pinang tahun 2023. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Tindakan keterlaluan segelintir pihak menggunakan Qunut Nazilah bagi tujuan mendoakan kehancuran terhadap kepimpinan negara khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan sebagai tidak wajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, meskipun berbeza pandangan, umat Islam tidak sepatutnya mendoakan kelaknatan Allah terhadap orang lain.

Sehubungan itu katanya, semua pihak yang terlibat termasuklah mereka yang mengaminkan doa berkenaan diminta segera bertaubat dan bermuhasabah diri.

“Agak menyedihkan dan mengecewakan apabila ada video menggunakan bacaan doa Qunut Nazilah untuk menimbulkan kebencian kepada kepimpinan sedia ada.

“Ini bukanlah merupakan ajaran Islam. Walaupun berbeza pandangan termasuk dalam hal politik, tidak sepatutnya kita menggunakan sosial media untuk ajak orang ramai mendoakan agar pemimpin khususnya Perdana Menteri dilaknat dan diturunkan musibah oleh Allah,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Program Jelajah Madani Ulama dan Umara (JMUU) Peringkat Negeri Zon Utara Tahun 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan video yang dimuatnaik di TikTok.

“Kita serahkan kepada SKMM untuk lihat kandungan video itu dan menilainya. Sebarang keputusan adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Dalam masa sama, saya mengarahkan Jakim dan semua agensi agama negeri untuk bersama-sama menganjurkan program mengajak masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 18 saat di aplikasi TikTok memaparkan tulisan yang mendokan agar Allah menimpakan bala serta laknat kepada Anwar, Menteri Kabinet, serta penyokong-penyokongnya yang menggunakan muzik latar bacaan Qunut Nazilah yang dilagukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI