fbpx

Penghibur kenduri kahwin termahal di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA, Justin Bieber dan Beyonce menjadi antara artis dunia yang menerima bayaran lumayan hanya untuk kemunculan dalam majlis perkahwinan.

BARU-BARU ini tular penyanyi Justin Bieber yang menerima bayaran RM47 juta hanya untuk menyanyi dalam majlis praperkahwinan anak kepada lelaki terkaya Asia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani dan Radhika.

JUSTIN BIEBER bergambar bersama pasangan Annant Ambani dan Radhika ketika diundang ke India baru-baru ini.

Penyanyi kelahiran Kanada itu diterbangkan khas ke India dan dikawal ketat sepanjang berada di India. Bayaran mewah diterima Bieber itu juga telah menewaskan harga bayaran Rihanna pada majlis praperkahwinan pasangan itu pada Mac lalu iaitu sebanyak RM38 juta. Berikut antara artis dunia yang menerima bayaran lumayan hanya untuk kemunculan dalam majlis perkahwinan.

RIHANNA ketika hadir menghiburkan tetamu pada majlis praperkahwinan Anant Ambani dan Radhika yang merupakan anak jutawan India, Mukesh Ambani.

 

LONDON, ENGLAND – JUNE 03: Elton John performs live at Twickenham Stoop on June 3, 2017 in London, England. (Photo by Ian Gavan/Getty Images for Harlequins)

Elton John

Penyanyi legenda, Sir Elton John dilaporkan meletak bayaran sebanyak RM24 juta jika diundang untuk beraksi dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word itu juga meletakkan bayaran sebanyak RM6 juta untuk persembahan private selama satu jam.

Harga tersebut tidak termasuk tempahan jet peribadi, penginapan dan pelbagai lagi keperluan lain.

Rolling Stones

Band rock legenda Rolling Stones turut tersenarai antara penghibur termahal untuk majlis perkahwinan.

Difahamkan Rolling Stones yang menampilkan Mick Jagger sebagai vokalisnya itu hanya akan membuat persembahan pada majlis perkahwinan jika dibayar lenih daripada RM30 juta.

Bayaran tersebut dianggap setimpal seiring nama besar mereka, selain kru serta persediaan yang dilakukan sama seperti mengadakan sebuah konsert berskala kecil.

Beyonce

Penyanyi terkenal Beyonce pernah menerima bayaran sebanyak RM18 juta untuk mengadakan persembahan pada majlis praperkahwinan anak perempuan jutawan India, Mukesh Ambani iaitu Isha Ambadi pada 2018.

Majlis praperkahwinan yang berlangsung di Udaipur, India itu menelan belanja sekitar RM468 juta. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai selebriti Bollywood dan Hollywood termasuk mantan wanita pertama Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Mariah Carey

Penyanyi Mariah Carey antara yang sering menjadi pilihan para jutawan dunia untuk diundang menghiburkan majlis perkahwinan.

Mariah dilaporkan pernah menerima bayaran sebanyak RM18 juta untuk menyanyi 12 buah lagu popularnya pada majlis perkahwinan Irene Kogan dan suaminya, Daniel Kevey pada 2017.
Difahamkan Irene Kogan adalah cucu kepada seorang jutawan Rusia. Datuknya merupakan pemilik kepada lapangan terbang Domodedovo Moscow di Rusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI