fbpx

Pekerja asing maut terjatuh ketika baiki alang kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja asing maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika menjalankan kerja pembaikan alang dan bumbung di sebuah kilang pembuatan di Perai di sini, semalam.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja kontraktor yang dilantik kilang terbabit untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan alang dan bumbung.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja mengetatkan nat pada alang besi di kawasan kemalangan terbabit.

“Mangsa kemudiannya dikatakan telah terjatuh dari ketinggian 12 meter dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dilaporkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, JKKP telah mengeluarkan notis pemberhentian serta merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kilang berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Selain itu, pihak majikan juga diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan, dan membuat pembentangan kes kepada pihak jabatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI