fbpx

PATI hidup selesa dalam apartmen di Brickfields digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing diperiksa dalam serbuan di sebuah apartmen di Brickfields, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Keselesaan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyewa di sebuah apartmen di Brickfields, di sini, berakhir apabila digempur tengah malam tadi.

Serbuan daripada Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi tadi membongkarkan beberapa unit rumah dijadikan sebagai hostel pekerja warga asing.

Hasil pemeriksaan kediaman 19 tingkat itu turut mendapati terdapat PATI di setiap enam buah blok bangunan yang majoritinya bekerja sebagai buruh binaan.

Menurut seorang warga Pakistan yang juga penyewa di kediaman itu, kadar sewaan satu unit bermula dari RM2,200 sehingga RM2,500.

Jelas Ali, kediaman itu dilengkapi empat bilik dan dua bilik air mampu menempatkan sehingga lapan penyewa dalam sebuah rumah.

“Macam rumah saya harga RM2,500 sebulan, bilik yang kosong saya sewakan dekat mereka yang mahu tinggal, ini rumah orang sini (tempatan) punya.

“Saya kerja pengurus sebuah restoran gaji RM2,500, bilik saya sewakan pada warga asing lain tapi tidak kenal mereka mendalam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, hasil risikan selama dua minggu mendedahkan terdapat PATI menyewa di kediaman tersebut.

Katanya, seramai 122 warga asing diperiksa membawa kepada tangkapan 40 PATI berusia antara tiga tahun hingga 61 tahun.

“Warga asing ditahan terdiri daripada lelaki India (19), wanita India (lima), wanita Bangladesh (seorang), wanita Myanmar (dua), lelaki Pakistan (seorang) wanita Pakistan (seorang), Lelaki Sri Lanka (empat) dan wanita Sri Lanka (enam),” katanya.

Jelas beliau, warga asing yang didapati melanggar peraturan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI