fbpx

Olimpik Paris: Pecutan dua minggu terakhir Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM kini dalam fasa persediaan akhir sebelum turun berentap dengan jaguh-jaguh dunia di Olimpik Paris nanti.

PERSIAPAN dua minggu terakhir sebelum berlepas ke Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi titik fokus bagi pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terutama memperkemaskan teknik lariannya.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, pemegang pingat gangsa 100 meter (m) Sukan Asia Hangzhou dengan catatan 10.11 saat (s) itu memerlukan pelaksanaan strategi terbaik sepanjang baki 14 hari ini.

“Prestasinya hampir sama sewaktu di Sukan Asia. Sekarang ini kita berada di fasa terakhir yang sangat penting untuk mencapai kemuncak terutama dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum ke Paris.

“Kamu boleh melakukan semua persiapan dalam tempoh empat tahun sebelum ini tetapi jika gagal melaksanakan semua strategi yang betul dalam tempoh dua minggu terakhir, kamu akan terlepas peluang untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Selain itu, Ballard juga mengakui bahawa Azeem turut mendapat bantuan khidmat sokongan terbaik sebelum berlepas ke Paris.

“Bagi memastikan Azeem berada dalam keadaan terbaik, kami akan cuba menyediakan perkhidmatan terbaik dengan bantuan daripada kakitangan profesional menerusi ISN (Institut Sukan Negara) dan juga pakar termasuk diri saya sendiri yang akan berkongsi pengalaman berada di final Olimpik dan melatih di peringkat Olimpik sebelum ini.

“Kami tidak meminta kamu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dan hanya mahu kamu melakukan apa yang sudah dilakukan dalam latihan kerana itulah tujuan latihan,” katanya.

Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100m dengan catatan 10.09s itu dijadual membuka tirai saingan di Olimpik Paris 2024 di Stade de France bermula 3 Ogos ini.

Di Paris nanti, Azeem berpeluang berlari dengan juara bertahan dari Itali, Marcell Jacobs dan bintang sensasi Amerika Syarikat yang juga juara dunia, Noah Lyles.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI