fbpx

‘Nasib cikgu zaman sekarang, soalan KBAT, jawapan pun KBAT’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video jawapan seorang pelajar yang mencuit hati pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Gelagat seorang pelajar memberikan jawapan ‘aras tinggi’ bagi soalan perbualan dalam Bahasa Inggeris menarik perhatian ramai setelah video tersebut tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @Cikgu Shahrul, dia berasa geli hati selepas membaca jawapan salah seorang pelajarnya yang kreatif dalam ‘menyelesaikan masalah’ di dalam soalan latihan Bahasa Inggeris yang diberikan.

Difahamkan, soalan tersebut mengenai perbualan ringkas seorang pelancong dengan penduduk tempatan dalam Bahasa Inggeris, namun pelajar tersebut menukarkannya menjadi perbualan dalam bahasa Melayu.

“Pelancong: ‘how can i get to the train station?’ (bagaimana untuk pergi ke stesen kereta api). Penduduk: ‘do you speak in Malay?’ (adakah awak boleh bercakap dalam bahasa Melayu?). Pelancong: ‘yes i do’ (ya, saya boleh).

“Penduduk: Okey, jalan terus ke sana, kemudian belok kanan. Pelancong: Oh, okey terima kasih. Penduduk: Sama-sama,” tulis pelajar tersebut di dalam kertas jawapan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut terhibur dan berpendapat pelajar tersebut adalah seorang bijak serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

“Walaupun nampak lawak tapi dia sebenarnya berfikir cara untuk selesaikannya. Sebab tu Jack Ma ambik orang malas kerja dengannya, sebab orang malas akan cari cara paling cepat selesaikan masalah,” ujar @seramshidi.

“Nampaknya cikgu kena berfikir aras lagi tinggi dari anak murid sebab dia dah berjaya pecahkan jawapan KBAT,” seloroh @mamatulips.

“Bijak sungguh ya, barulah Malaysia kan. Budak ni dah jumpa lompong soalan, bagus jadi peguam budak ni, boleh cari lompong dalam undang-undang,” komen @leana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI