LONDON – Marc Marquez kekal optimis mengenai masa depannya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) terutama peluang memenangi sekurang-kurangnya satu lagi gelaran dunia.
Selepas persembahan cemerlang di Grand Prix (GP) Belanda pada Ahad lalu dengan menamatkan perlumbaan tempat kedua di Litar Sachsenring, Marquez mengukuhkan cengkaman tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 166 mata.
Bagaimanapun, Marquez sedar untuk mengejar gelaran dunia mahupun naib juara musim ini agak sukar terutama untuk mengatasi kehebatan pendahulu perlumbaan, Francesco Bagnaia (222) mata) dan Jorge Martin (212 mata)
“Gelaran Dunia? Ramai bercakap dengan saya mengenainya. Saya pernah menghampirinya, tetapi anda perlu melihat secara realitinya.
“Realitinya terdapat dua pelumba, bukan seorang, tetapi dua yang secara konsisten lebih pantas daripada saya. Saya tidak melihat diri saya berjuang untuk gelaran dunia.
“Sekarang ini Pecco (Bagnaia) yang paling kuat. Dia mempunyai kestabilan mental dan konsisten. Misi saya ketika ini adalah untuk menamatkan saingan di tiga teratas.
“Apapun, ia juga tidak akan mudah untuk mengekang Enea Bastianini ketika ini,” kata Marquez. – AGENSI