fbpx

Meerqeen angkat ‘buah hati’ harga setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Meerqeen kini memiliki sebuah lagi kereta mewah, kali ini Mercedes Benz kedua berharga RM600,000.

PETALING JAYA – Rezeki mencurah-curah hasil kerja keras, pelakon Meerqeen akhirnya berjaya membeli sebuah lagi kereta jenama Mercedes Benz model C63 yang dianggarkan bernilai RM600,000.

Lama menunggu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkata, penantian selama sebulan berbaloi selepas kereta mewah berkenaan kini menjadi kepunyaannya.

“Saya dapat ‘buah hati’ saya, akhirnya!”

“Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!” katanya menerusi hantaran video dalam Instagram Story.

Dalam hantaran tersebut, jelas terpancar riak teruja dan gembira pada wajah pelakon drama Cinta Untuk Sekali Lagi itu saat bergambar dengan kereta berkenaan ditemani keluarga tercinta.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan bekas peserta Hero Remaja itu layak mendapatkan apa yang diimpikan selepas melihat kerja kerasnya dalam industri seni sebagai aktor.

Pun begitu, ada juga netizen yang menasihatkannya supaya bijak dalam mengurus kewangan sementara masih ‘laku’ supaya tidak menyesal kemudian hari.

“Wow, tahniah!, selayaknya dapat pakai kereta mahal sebab Meerqeen memang kuat bekerja, dekat televisyen pun muka dia sahaja hero,” komen netizen itu.

“Gembira tengok Meerqeen dapat apa yang dia nak tetapi kena pandai juga urus pendapatan, jangan dah sendu nanti terpaksa meraih simpati, sekadar ingatan bersama,” demikian komen seorang lagi netizen.

Kereta tersebut turut menjadi koleksi kereta mewah kedua yang dimiliki Meerqeen daripada jenama berkenaan.

Sebelum ini, pelakon itu pernah membeli kereta idamannya iaitu Mercedes Benz model G Wagon yang bernilai RM1.5 juta pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI