fbpx

Maut menanti konvoi motosikal di Death Valley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPAN tanda amaran suhu tinggi di Taman Negara Death Valley, California pada 9 Julai lalu. – AFP

WASHINGTON  – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di Taman Negara Death Valley, negeri California akibat gelombang haba melampau, lapor akhbar Metro UK. 

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kejadian berlaku sewaktu cuaca panas melampau minggu ini, di mana suhu mencecah 53.3 darjah Celsius di rantau timur California. 

Seorang lagi mangsa dibawa ke hospital selepas sekumpulan penunggang motosikal yang terdiri daripada enam orang itu melalui kawasan Badwater Basin. 

Empat penunggang lain  dirawat di tempat kejadian. 

“Haba tinggi seperti ini boleh menimbulkan ancaman berbahaya kepada kesihatan anda,” kata Superintendan Death Valley, Mike Reynolds.

Kematian itu berlaku di tengah-tengah gelombang haba berpanjangan yang telah memecahkan rekod suhu di seluruh Amerika Syarikat (AS). 

“Amaran haba yang merupakan amaran tertinggi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan(NWS), berkuat kuasa untuk kira-kira 36 juta orang,” kata ahli meteorologi NWS, Bryan Jackson.

Suhu paling panas yang pernah direkodkan secara rasmi di Bumi adalah 56.67 darjah Celsius pada Julai 1913 di Death Valley. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI