fbpx

LKAN banyak kelemahan, penemuan tidak tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui terdapat banyak kelemahan dan kesalahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga menjurus kepada penemuan yang tidak tepat.

Sebagai contoh, Khairy berkata, beliau pernah menguruskan acara-acara besar seperti Sukan SEA 2017 selain pengagihan vaksin di mana kelemahan itu melibatkan julat masa audit dan metodologi yang diguna pakai.

“Kita tidak boleh dalam keadaan untuk mengatakan semua yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara (JAN) tidak boleh dipersoalkan.

“Ada kalanya disebabkan kesalahan metodologi yang digunakan menyebabkan penemuan LKAN tidak tepat, ada kelemahan.

“Kadang-kadang audit fokus kepada masalah spesifik, tidak nampak gambaran yang lebih besar,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap yang turut menampilkan bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 baru-baru ini yang menyasarkan laporan ke atas beberapa organisasi seperti Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Majlis Profesor Negara (MPN) sehingga menyebabkan campurtangan oleh pihak penguatkuasaan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, laporan itu yang ada kalanya ditulis secara panjang turut memberi persepsi seolah-olah sumber tersebut telah dibazirkan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan penyiasatan berhubung isu HRD Corp.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dimulakan dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan LKAN daripada Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI