fbpx

Liga Super: Nik Nazmi belum terfikir terajui KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK NAZMI (tiga dari kanan) mengakui selesa memberi perhatian kepada SRFC dan belum membuat keputusan untuk menerajui KL City.

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad enggan mengulas lanjut tentang cadangan yang mengaitkan namanya bakal bertanding dalam perebutan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Ketika ini, Nik Nazmi yang juga penaung Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers (SRFC) lebih selesa untuk memberi perhatian kepada kelab komuniti berkenaan dan tidak bercadang untuk membincangkan lebih lanjut tentang mencabar jawatan presiden KLFA.

“Saya tak fikir sampai ke situ lagi dan fokus saya di Setiawangsa Rangers. Kalau untuk pergi ke stadium itu memang selalu, tetapi saya bagi dokongan kepada KL City pun sebagai satu (kawasan) Parlimen.

“Memang pada setiap perlawanan, kita akan bawa warga Setiawangsa, tetapi untuk berbincang lebih jauh itu, saya rasa belum sampai masanya dan kalau ada apa-apa, kita akan maklumkan nanti,” kata Nik Nazmi selepas Majlis Pelancaran Jersi SRFC, hari ini.

Ketika ini, KLFA yang juga pemegang taruh terbesar KL City sedang dipalit isu gaji selepas kapten The City Boys, Paulo Josue mendakwa belum menerima gaji tahun ini dan kali terakhir dia menerima gaji adalah pada Disember tahun lalu.

Nama Nik Nazmi kini sedang disebut-sebut untuk merebut jawatan presiden KLFA bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang kini sedang menggalas tanggungjawab selaku penaung KL City.

Sementara itu, Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, berkata setakat hari ini Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dijangka akan dapat dilangsungkan bulan depan atau pun September.

Dalam masa sama, Nokman juga menjelaskan pihaknya kini sedang bekerja keras untuk mendapatkan dana secukupnya bagi menyelesaikan segala isu berbangkit mengenai tunggakan gaji pemain.

“Kalau dulu masa Covid-19 pernah berlaku, MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) keluarkan surat untuk batalkan pertandingan dan bayar sebulan saja. Jadi, kita lega dan sekarang kalau MFL boleh bantu, Alhamdulillah memang kita sokong sangat.

“Tetapi, kalau tidak boleh, kita usahakan juga, saya pun sudah berbincang dengan pemain, Stanley Bernard (Ketua Pegawai Eksekutif KL City) pun sudah bincang dengan pemain. Kita juga sedang melakukan perbincangan dengan beberapa pihak untuk jalin Kerjasama sebagai pemegang taruh pasukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI