fbpx

Lelaki warga Amerika Syarikat cedera ketika menuruni Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat cedera ekoran tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7 pada Khamis lalu.

RANAU – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat berusia 53 tahun cedera selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 6.7, Khamis lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun berkenaan mengalami kecederaan di bahagian pinggang sehingga mengakibatkan kesukaran berjalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) membantu membawa mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian pinggang turun sehingga ke Pondok Timpohon.

“Seramai enam anggota MOSAR dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari pusat mereka. MOSAR tiba di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian sebelum MOSAR bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Taman Kinabalu serta malim gunung membawa turun mangsa ke Panalaban menggunakan pengusung, ” katanya.

Ridwan berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan perubatan sejurus tiba di Pondok Timpohon untuk tindakan lanjut dan operasi membawa turun mangsa mengambil masa selama empat jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI