fbpx

Lelaki maut, motosikal BMW S 1000 RR terbabas di selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terbabas semasa melalui kawasan selekoh di Kampung Rahmat, Rantau Panjang semalam

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis BMW S 1000 RR yang dia tunggang terbabas semasa melalui kawasan selekoh di Kampung Rahmat, di sini semalam.

Mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, siasatan mendapati, lelaki itu menunggang motosikal dari arah Tanah Merah menghala ke Rantau Panjang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa yang melalui selekoh ke kanan jalan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal semasa mengambil selekoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kama Azural memberitahu, siasatan masih dijalankan dan ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-790 0280.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI