fbpx

Sempat minta tolong sebelum mati kena tikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki ditemui maut ditikam di kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring dipercayai ditikam pada bahagian belakangnya di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, di sini hari ini.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu selepas terdengar suara mangsa meminta tolong kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini oleh orang awam.

Seorang pekerja kedai kasut yang dikenali Eri, 29, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas didatangi anggota polis meminta bantuan untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian depan dan belakang premisnya kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Menurutnya, dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian seorang lelaki ditikam berhampiran perhentian bas yang terletak beberapa meter dari premisnya.

“Saya lihat ada seorang lelaki sedang tidur di perhentian bas itu dengan berpakaian lengkap semasa tiba di kedai pagi tadi.

“Saya tidak ambil kisah mengenai lelaki itu kerana dia pernah tidur di situ. Saya juga tidak kenal mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI