fbpx

Guru bermasalah dikecuali kenaikan gred automatik – PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra selepas Majlis Sambutan Jubli Emas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di Hotel Tenera, Bangi di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

BANGI – Warga pendidik yang mempunyai masalah disiplin dan cuai dalam tugas perlu dikecualikan daripada menerima kenaikan gred secara automatik atau ‘time-based’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak sewajarnya menerima manfaat berkenaan walaupun sistem kenaikan time-based sudah diberi kepada warga pendidikan, khususnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sejak beberapa tahun lalu.

“Kalau disiplin guru lemah, dalam setahun banyak hari tidak pergi ke sekolah. Saya nak batalkan (time-based). Kenaikan pangkat automatik daripada prinsipnya (dibenarkan) tetapi dikecualikan bagi yang cuai atau melanggar disiplin.

“Ada guru prestasinya sangat lemah, jadi kita harus teliti ini tetapi saya percaya 90 peratus guru tidak mempunyai masalah,” katanya semasa berucap di Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, skim gaji perkhidmatan awam akan diumumkan oleh beliau dalam masa terdekat dan dimuktamadkan semasa semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini. Jelas Perdana Menteri, beliau berharap penambahbaikan skim gaji itu akan membantu taraf khidmat penjawat awam turut sama meningkat.

“Orang kena tunggu berjam-jam di pejabat-pejabat kerajaan, sebaiknya hentikan amalan sebegitu. Kerja dengan sebaik mungkin, begitu juga dengan guru.

“Saya tumpu soal skim perkhidmatan kerana ia merupakan skim yang besar, mencecah lebiha RM10 bilion setahun. Saya harap dengan ini, ada perubahan maknanya sebaik kita meluncurkan program ini dan umum untuk pelaksanaan untuk Disember ini. Saya (nak) tengok mutu pendidikan (serta) khidmat ada perubahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI