fbpx

Geng PCO buat rancak di Lingkaran Luar Butterworth masuk ‘perangkap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 250 motosikal yang ditahan di BORR, Butterworth, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Hujung minggu sekumpulan besar penunggang motosikal terbantut apabila sebanyak 250 motosikal ditahan dalam Operasi Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, awal pagi tadi.

Mereka dilihat terdiri dalam kalangan penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 atau lebih popular sebagai PCO (player cut off) termasuk Yamaha 125Z, Honda dan Modenas Kriss.

Daripada jumlah tersebut juga, kira-kira 101 motosikal disita atas pelbagai kesalahan hasil operasi yang dijalankan bermula pukul 1.30 hingga 10 pagi tadi.off

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi berkenaan bertujuan mencegah aktiviti lumba haram selain memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

“Hasil operasi yang berlangsung, sebanyak 250 motosikal serta dua kereta diperiksa dan daripada jumlah itu 81 motosikal telah disita oleh pihak polis dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengeluarkan sebanyak 114 keping saman atas pelbagai kesalahan.

“Selain itu, pihak JPJ turut menyita 20 buah motosikal dan mengeluarkan 245 notis pemeriksaan kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak JAS turut mengeluarkan dua notis serta dua kompaun dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

“Menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan pihak AADK, sembilan daripada 98 individu didapati positif pelbagai jenis dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI