fbpx

Euro 2024: Perancis anggap Deschamps capai KPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESCHAMPS

DUSSELSORF – Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengesahkan Didier Deschamps telah mencapai Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) pada kempen Euro 2024 sekali gus kekal menjawat tugas ketua jurulatih hingga Piala Dunia 2026.

Sebagai rekod, harapan skuad Les Bleus untuk beraksi di pentas final buat kali pertama sejak edisi 2016 tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Sepanyol dalam aksi separuh akhir awal minggu ini.

President FFF, Philippe Diallo percaya Deschamps menjalankan tugas dengan cukup baik sejak mengendalikan pasukan pada tahun 2012 dan tiada sebab untuk persatuan membuat keputusan memecatnya selepas kejohanan Euro kali ini.

“Saya rasa tiada alasan untuk kami membatalkan kontrak yang telah ditandatangani Deschamps sebelum ini. Dia sudah mencapai objektif yang persatuan tetapkan dan saya yakin dia akan kekal kemudi pasukan hingga Piala Dunia 2026,” katanya.

Deschamps yang berjaya membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia edisi 2018 telah menandatangani kontrak baharu hingga 2026 selepas berakhir kempen Piala Dunia 2022 yang lepas.

Secara peribadi, Deschamps masih belum mendedahkan statusnya kepada umum kerana masih kecewa dengan kegagalan Perancis untuk melangkah ke pentas final pada kejohanan berprestij itu.

Andai Deschamps kekal, harapan seorang lagi legenda Perancis dan bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane untuk membimbing skuad kebangsaan mungkin tidak kesampaian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI