fbpx

Euro 2024: England lebih bersedia julang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGLAND berjaya mempamerkan aksi dan taktikal lebih baik ketika bertemu Belanda di separuh akhir berbanding aksi sebelum ini. - AFP

ROM – Bekas kapten Itali, Giorgio Chiellini percaya England kini lebih bersedia untuk mengharungi pentas final Euro 2024 sekali gus menebus kegagalan yang dialami ketika muncul naib juara edisi 2020 yang lepas.

Sebagai rekod, skuad The Azzurri meranapkan impian The Three Lions untuk muncul juara Euro buat kali pertama dalam sejarah apabila meraih kemenangan menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Wembley tiga tahun lalu.

Kini, Chiellini yang menjadi duri dalam daging skuad England ketika itu optimis pasukan kendalian Gareth Southgate sudah belajar daripada kesilapan dan bersedia untuk melakar sejarah baharu negara itu.

“Tiga tahun lalu, saya anggap Itali berada pada kemuncak prestasi kerana kita menang banyak perlawanan selain taktikal bola sepak yang diterapkan pasukan lebih baik. Malah, kami mudah menjuarai peringkat kumpulan.

“Bagi kempen kali ini, harus diakui England tidak bermula dengan baik apabila seri dua perlawanan dan menang sekali pada saingan kumpulan dan bernasib baik ketika bertemu Slovenia dan Switzerland.

“Namun, mereka telah menunjukkan perubahan mendadak ketika menentang Belanda dan pujian wajar diberikan kepada Southgate yang mengubah taktikal pada saat yang tepat.

“Southgate berani buat pertukaran dengan mengeluarkan pemain yang tidak konsisten seperti Phil Foden dan ini adalah petanda yang positif buat pasukan itu menjelang final nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI