fbpx

Dua beradik maut termakan jajan racun tikus satu ‘wake up call’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly menunjukkan isyarat bagus selepas menyerahkan plak Bersih dan Selamat kepada peniaga di Kontena Kompleks Makanan Laut 2 Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Tragedi dua beradik maut akibat termakan makanan ringan dicampur racun tikus di Kulim, Kedah bagai ‘wake up call’ supaya peraturan berkaitan penjualan serta penggunaan racun tersebut diperketatkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, garis panduan penjualan dan penggunaan bahan itu sudah ada dan Kementerian Kesihatan (KKM) melihat daripada sudut penguatkuasaan.

“KKM melihat daripada sudut penguatkuasaan penggunaan serta jualan racun dan ia akan melibatkan kolaborasi bersama agensi-agensi lain. Kita tahu racun-racun seperti ini memang ‘vital’ dengan toksisiti sangat tinggi hingga boleh membawa maut.

“Dengan kejadian seperti ini yang jarang-jarang berlaku mengingatkan kami khususnya penguat kuasa KKM akan peraturan daripada segi prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika ditanya mengenai garis panduan penjualan racun yang mudah didapati di pasar malam pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau mengesahkan telah mengambil sampel racun tikus yang mengakibatkan kematian dua kanak-kanak lelaki dalam kejadian di
Kampung Padang Ubi, Kulim dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI