fbpx

‘Daripada masuk hospital ‘gila’, mereka pilih berpisah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
percaya perlu wujud tolak ansur selain berpendapat tidak salah andai ibu bapa juga memohon maaf kepada anak.

PETALING JAYA – Enggan cepat jatuh hukum, penyanyi Nourul Depp menyifatkan pasangan mengambil keputusan bercerai bukan kerana mementingkan diri mahupun tidak memikirkan perasaan anak-anak sebaliknya demi kesihatan mental.

Ujar Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, perpisahan hanya jalan terakhir dan anak-anak tidak wajar menyalahkan ibu bapa sekiranya mereka mengambil keputusan demikian demi kesejahteraan seisi keluarga.

“Dalam perhubungan pasti ada pergaduhan, namun jika perpisahan jalan terbaik seharusnya anak tidak menyalahkan orang tua.

“Anak sukar memahami, tetapi perlu memaafkan ibu bapa memandangkan keputusan dibuat kerana sayangkan diri dan ingin lebih fokus kepada anak.

“Tanyalah mana-mana ibu bapa, siapa hendak bercerai, tapi selalunya keadaan memaksa. Daripada menyeksa diri masuk hospital ‘gila’, mereka pilih berpisah,” katanya dalam Instagram.

Pun begitu, pelantun lagu Kerana Terluka itu percaya perlu wujud tolak ansur selain berpendapat tidak salah andai ibu bapa juga memohon maaf kepada anak.

“Ada anak mungkin terfikir kenapa ibu bapa mementingkan diri. Bagaimana nak membahagiakan anak, jika mereka sendiri tak bahagia, banyak berlaku tersimpan dalam hati, anak tak dapat luahkan.

“Ibu bapa pun kena dekati anak-anak tanya emosi mereka, berkongsi rasa dan meminta maaf sekiranya tidak dapat memberikan yang terbaik sebagai ibu bapa.

“Ada ibu bapa membuatkan anak berubah sikap atau mungkin salah faham, masing-masing manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, kena muhasabah diri dan saling memaafkan,” ujarnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan bekas isteri penyanyi dan komposer, Ajai itu selain menyifatkan perpisahan adalah perkara paling perit untuk dihadapi baik ibu bapa mahupun anak-anak.

Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 1996 dan kemudian bercerai pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 25 tahun.

Lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, lima tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI