fbpx

Daging binatang buruan digigit anjing halal dimakan – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA – Daging binatang buruan yang mati digigit anjing pemburu adalah halal dimakan, jelas penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Jelas beliau, daging binatang buruan itu boleh dimakan dengan beberapa syarat mengikut syarak antaranya anjing pemburu itu adalah telah dilatih untuk memburu.

“Bukan hanya anjing itu wajib terlatih, malah ketika dia menggigit binatang buruan itu setelah diarahkan oleh kita. Jika dia pergi menggigit sebelum arahan kita, haram daging itu dimakan sebab itu daging dia (anjing).

“Anjing buruan adalah salah satu syarat sah untuk menyembelih binatang selain menggunakan benda tajam seperti pisau, parang, lembing dan anak panah,” jelasnya dalam satu klip video soal jawab agama di YouTube baru-baru ini.

Katanya, ramai orang Islam yang menganggap anjing sebagai binatang jahat, tidak boleh bela dan haram, tetapi jelasnya anjing ini ada gunanya dan harus dibela oleh orang muslim.

“Hanya najis dari binatang ini (anjing) yang haram, kalau kita terlanggar dia atau dia terlanggar kita, itu tidak perlu samak. Tengok dulu, kalau ada kesan najis di badan kita barulah diwajibkan samak dengan tanah.

“Sama juga jika dibela untuk menjaga kebun atau ladang, kita diharuskan untuk membelanya. Anjing juga boleh dibela untuk menjaga harta. Yang tidak boleh kalau sengaja nak bela di dalam rumah tanpa sebab, itu haram dan dilaknat,” kata Azhar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI