fbpx

Buli siber: MCMC, PDRM teliti prosedur permudah laksana aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCMC -GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber di negara ini.

MCMC dalam kenyataan berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung penelitian pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber.

“Pengumuman itu menghantar isyarat penting bahawa Kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Langkah itu juga akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan,” katanya hari ini.

Semalam media melaporkan, Fahmi dipetik berkata, dalam usaha menangani masalah buli siber di platform media sosial, Kementerian Komunikasi akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain undang-undang lain yang berkaitan.

Fahmi juga dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti jika terdapat keperluan bagi mewujudkan atau menggubal akta baharu khusus untuk buli siber.

Media sebelum ini turut melaporkan, seorang pempengaruh TikTok didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber di Gombak Setia.

Mayat pempengaruh wanita berumur 30 itu ditemukan mati di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi pada Jumaat lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI