fbpx

Beruang matahari buat onar akhirnya masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor beruang matahari betina memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan di Kampung Sungai Satan, Jeli semalam. FOTO IHSAN PERHILITAN

JELI – Seekor beruang matahari betina yang memusnahkan hasil pertanian dan harta benda penduduk di Kampung Sungai Satan di sini, sejak lima hari lalu akhirnya masuk perangkap semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, haiwan mamalia itu memasuki perangkap selepas dua hari dipasang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemasangan perangkap dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung yang melihat beruang itu berkeliaran di sekitar kebun mereka pada Selasa lalu.

“Seekor beruang matahari betina dikesan memasuki perangkap berkenaan selepas dua hari dipasang,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, operasi pemindahan dan pelepasan semula haiwan liar itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat.

Menurutnya, penduduk sebelum ini mengalami kerugian akibat kemusnahan tanaman dan harta benda ekoran konflik dengan haiwan liar di kawasan tersebut.

“Tangkapan dan pemindahan beruang mengganggu penduduk bukan penyelesaian jangka panjang kerana kawasan itu berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal Sungai Sator yang merupakan habitat asal hidupan liar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI